Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Vending Machine @ Mesin Layan Diri
Vending machine atau mesin layan diri ialah sebuah mesin untuk perniagaan, yang mana mengeluarkan produk tertentu kepada pelanggan apabila pelanggan memasukkan nilai atau kredit ke dalam vending machine mesin layan diri.
Vending machine atau mesin layan diri pertama ialah di Greece purba. Vending machine atau mesin layan diri untuk kegunaan umum menjual poskad dan muncul di London pada tahun 1880.
Produk vending machine mesin layan diri dianggap mampu milik kerana manusia kerap menggunakan vending machine mesin layan diri dengan koin atau wang yang mereka simpan. Koin dan wang dalam mesin tersebut dinilai dan dijumlah kepada pulangan bulanan yang menguntungkan buat pemilik mesin layan diri.
Jika anda terfikir untuk memulakan bisnes vending machine mesin layan diri dan mahu menjana pendapatan secara sepenuh masa atau separuh masa, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum keluar dan membeli mesin layan diri untuk kegunaan perniagaan anda.
Step 1
Cari lokasi yang sesak dengan pelanggan untuk meletakkan mesin layan diri anda. Cari dua atau tiga lokasi yang sesak sebagai permulaan, yang mana tiada persaingan daripada mesin layan diri yang lain.
Step 2
Bandingkan pilihan pelanggan di lokasi tersebut dan tentukan apa yang perlu anda jadikan sebagai produk mesin layan diri anda. Pastikan ruangan yang ada cukup untuk menampung jenis mesin layan diri untuk menjual produk pilihan anda. Sebagai contoh, jika anda memilih gym sebagai lokasi, sasaran pelanggan anda ialah orang yang menjaga bdan mereka. Ini bermakna, air mineral, minuman berkalori rendah, dan lain-lain, ialah pilihan yang bijak sebagai produk mesin layan diri anda. Dalam kes ini, anda jangan menjual snek dan minuman bergas.
Step 3
Tawar-menawar untuk mendapat kelulusan meletakkan mesin layan diri anda pada lokasi tersebut. Terdapat banyak pilihan untuk menarik minat pihak pengurusan lokasi tersebut. Pertama, sewa tapak yang tidak mengganggu proses kerja pihak pengurusan lokasi tersebut. Selain itu, perkongsian pendapatan mesin layan diri. Dengan menawarkan peratusan perkongsian, daripada sewa tetap, ia akan menjamin anda jikalau terjadinya pulangan yang tidak stabil.
Step 4
Langgan atau beli vending machine daripada syarikat berpotensi yang menyediakan servis dan stok mesin layan diri. Pastikan pembekal menghantar machine layan diri ke lokasi yang betul atau pengangkutan boleh menampung mesin layan diri tersebut. Pilih vending machine yang dilengkapi penerima wang kertas @ note atau membeli mesin tukaran wang supaya mesin layan diri anda mampu member wang baki kepada pelanggan.
Sebarang Pertanyaan Mengenai Vending Machine Atau Mesin Layan Diri Anda Bolehlah :-
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampumilik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : Nazmi 010 231 7188
HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya , 40000, Shah Alam, Selangor( Sila Set Appointment Dengan Crew Kami Terlebih Dahulu )
Showroom & Kilang Di: Kenshou Vending Supplies,Block Suria AIndustrial Lot, Jalan TBP 1,Off Jalan Batu 3 Lama,47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3, Waze je copy link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )
Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Disini .. Klik link ini :- http://bit.ly/1KhmoK1
Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special Promo! Dapatkan Katalog klik di link inihttp://goo.gl/NRTGTM
Lalau nak PM kami Di facebook Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpert