slot iklan leadboard

Cara Ringkas Solat Jenazah Wajib Tahu

slot iklan atas

solat jenazah

Cara ringkas untuk solat jenazah … Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita …
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

slot iklan bawah

1. Angkat Takbir “Allahuakbar” & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah “sebagai makmum kerana Allah Taala”
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua “Allahuakbar”
++ Baca : Allahumma solli a’la Muhammad wa a’la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga “Allahuakabar”
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat “Allahuakbar”
++ “Assalamualaikum warahmatullah ” Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..

P/S: Sila Share Jika Artikel Ini Bermanafaat Kepada Orang Lain

doa solat jenazah akmalyaziz

slot iklan bawah
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments