slot iklan leadboard

7 Amalan Elak Poket Bocor

slot iklan atas

Pengurusan kewangan sebenarnya berkaitan dengan pengurusan emosi, dan pengurusan emosi bergantung tentang prinsip dan matlamat kita dalam kewangan.

slot iklan bawah

Contohnya jika kita dah tetapkan nak simpan 40% dari pendapatan setiap bulan, maka secara langsung kita akan lebih berhati-hati berbelanja dengan 60% baki pendapatan.

Berbanding yang tak ada matlamat, mereka akan berbelanja selagi ada duit sampai mereka sendiri tak ada simpanan. Bila dah sampai surat kad kredit, baru sedar dengan tabiat yang tak terkawal.

Jadi untuk pembaca sekalian, saya senaraikan 7 amalan elak kebocoran wang yang saya sendiri amalkan untuk mencapai matlamat kewangan saya;

Amalan #1: Bayar Diri Sendiri Dulu

Pastikan masuk saja gaji dalam akaun bank, asingkan siap-siap pendapatan kita dengan beberapa bahagian untuk diri kita seperti simpanan sendiri, duit mak ayah, anak-anak dan sebagainya. Bakinya baru gunakan untuk perbelanjaan yang lain; bayar hutang, makan di restoren mewah atau beli seluar baru misalnya. Jangan dapat gaji terus belanja dan bakinya baru disimpan. Kalau macam tu, memang tak akan menyimpanlah jawabnya.

Mulakan menyimpan walau sedikit!

Amalan #2: Langsaikan Hutang

Tak ada yang lebih melegakan dalam kewangan kita melainkan hutang berjaya dilangsaikan. Antara tips utama bayar hutang, langsaikan hutang yang paling kecil dulu sebab bila dah langsai, ia akan jadi pemangkin untuk langsaikan hutang yang lain. Bila dah selesai bayar semua hutang, waktu tu ada lebihan wang untuk tambahkan simpanan atau gunakan untuk mulakan pelaburan.

Jangan mengada nak berjoli sakan!

Amalan #3: Potong Kad Kredit

Kad kredit pada asalnya sangat membantu, lebih-lebih lagi tatkala dalam kecemasan. Saya sendiri pada asalnya tak gemar isteri ada kredit kad, tapi melihat beliau seorang yang berjimat-cermat dan berhati-hati dalam menggunakan kad kredit, saya setuju untuk beliau memiliki kad kredit.

Kad kredit ni macam “kanser”, jika tak bendung dari awal, lama-lama melarat ke masalah yang lebih besar. Mula-mula kita guna kad kredit untuk benda yang kecil-kecil, kemudian lama-lama dah jadi kebiasaan sampai tak sedar berhutang sampai berbelas ribu.

Riba kad kredit antara yang tertinggi!

Amalan #4: Berbelanja Secara Tunai

Bila dah potong kad kredit, maka kita akan berbelanja secara tunai. Bila berbelanja secara tunai, kita akan terasa duit tu betul-betul terbang dan secara tak langsung kita akan lebih berhati-hati dan berjimat cermat.

Amalan yang ke-4 ni memang saya amalkan. *Sebab kad kredit tak ada. Hehe.

Fikir dahulu sebelum berbelanja!

Amalan #5: Tukar Pendapatan Kepada Aset Fizikal

Jika kita ada lebihan simpanan atau kita memang dah asingkan siap-siap duit tu untuk simpanan jangka panjang, disarankan untuk tukar simpanan tadi kepada aset fizikal sebagai perlindungan kewangan. Kita boleh tukar duit tadi dalam bentuk emas yang nilainya makin naik dalam jangka masa  panjang atau beli hartanah untuk disewakan atau jual jika harga naik nanti.

Tapi jangan semua simpanan tukar kepada aset, biarkan sedikit dalam bentuk tunai untuk kegunaan kecemasan.

Saya sendiri setiap bulan simpan 1 gram emas!

Amalan #6: Buat Hutang Baik a.k.a Good Debt

Amalan ke-6 ini digunapakai oleh ramai orang kaya. Seperti Robert Kiyosaki dalam bukunya Retire Young Retire Rich, beliau berterima kasih kepada semua para pegawai bank yang hadir dalam satu ucapannya kerana cara ini membuatkan beliau pencen lebih awal.

Ada lebihan simpanan, elok kita mula ceburi dalam bidang pelaburan hartanah. Kita boleh sewakan kediaman yang kita beli, atau jual jika harga kediaman kita naik. Bukan ada lebihan simpanan, kita tukar kereta baru atau berbelanja sakan.

Tapi pastikan kita ada ilmu untuk mula ceburi bidang baru!

Amalan #7: Ulang dari 1 sampai 6.

Tak ada teknik ajaib pun nak elak kebocoran wang dan nak cepat kaya. Semuanya hanya terletak kat diri sendiri untuk berusaha dengan konsisten. Jika kita konsisten dengan 7 amalan ini, insya Allah sedikit-sebanyak kita dapat kawal aliran kewangan kita.  Bila kita dah nampak hasilnya, sedikit-sebanyak kita akan tambah ilmu lain tentang macam mana nak “biakkan” simpanan kita dan menuju financial freedom!

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

 Kongsi Artikel Ini Ye.. Terima kasih

slot iklan bawah
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments