slot iklan leadboard

Suami penyanyi Celine Dion meninggal dunia pada usia 73

slot iklan atas

Suami kepada penyanyi terkenal Celine Dion iaitu Rene Angelil meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediaman pasangan itu di Las Vegas pada Jumaat.

Rene Angelil dilaporkan meninggal dunia akibat kanser tekak hanya dua hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-74 beliau.

Perkara ini disahkan oleh penyanyi berusia 47 tahun itu menerusi satu kenyataan media serta meminta diberi privasi kepada keluarganya di saat sukar ini.

slot iklan bawah
celine dion

celine dion

Suami kepada penyanyi terkenal Celine Dion iaitu Rene Angelil meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediaman pasangan itu di Las Vegas pada Jumaat.

Memetik laporan USA Today, Rene menghembuskan nafas terakhir di sisi Celine selepas bertarung dengan penyakit kanser selama 20 tahun.

Celine Dion juga berkata beliau tidak akan menetap di Las Vegas sehingga Februari selepas kematian tragis suaminya.

celine dion

Celine dan Rene berkahwin pada tahun 1994 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rene Charles dan pasangan kembar Nelson dan Eddy.

Selain bergelar suami, Rene juga merupakan pengurus peribadi Celine Dion sejak beliau berusia 12 tahun

BERITA tentang kematian suami kepada penyanyi terkenal Celine Dion mengejutkan dunia hiburan.

Selepas bertarung dengan penyakit kanser selama 20 tahun, Rene Angelil menghembuskan nafas terakhir di sisi Celine pada Jumaat.

Rene Angelil terkenal bukan sahaja sebagai suami kepada Celine Dion, tetapi menjadi tulang belakang dalam karier penyanyi itu sehingga mencapai kejayaan.

Berikut adalah beberapa fakta tentang Rene Angelil:

1) Rene dilahirkan pada 16 Januari 1942 di Montreal Kanada. Ayahnya berasal dari Syria dan ibunya pula warganegara Kanada yang berasal dari Lubnan.

2) Menurut USA Today, beliau bermula sebagai penyanyi pop pada tahun 60-an di Kanada sebelum memasuki bidang pengurusan artis. Rene mula mengenali Celine Dion ketika penyanyi itu berusia 12 tahun lagi.Walaupun Rene 26 tahun lebih tua daripada Celine Dion, ia tidak menghalang mereka untuk menjalin hubungan cinta. Mereka terus berkahwin pada 17 Disember 1994 di Montreal.

3) Menurut laman web Heavy.com, Rene merupakan seorang pemain poker profesional dan layak untuk bertanding di satu pertandingan bertaraf antarabangsa.

4) Pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan memiliki enam anak. Beliau mempunyai tiga orang anak bersama Celine Dion iaitu Rene-Charles dan pasangan kembar Eddy dan Nelson.

5) Celine Dion dalam satu temuramah untuk satu rancangan televisyen di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa permintaan terakhir Rene adalah untuk menghembus nafas terakhir dipelukkan Celine.

slot iklan bawah
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments