slot iklan leadboard

Peluang Jadi Usahawan Dobi Layan Diri

slot iklan atas

Vending Machine @ Mesin Dobi Layan Diri

Sebelum memilih perniagaan vending machine mesin layan diri dobi ini sebagai bisnes, anda mestilah membuat kajian dahulu siapa supplier anda. Pastikan yang sudah mempunyai track record dan testimoni yang baik. Ramai orang boleh menawarkan harga yang murah, tetapi perlu ingat harga yang amat murah akan menjerat anda! Untuk memulakan bisnes vending machine mesin layan diri dobi coin operated, MODAL adalah amat tinggi. Pulangan (ROI) adalah bergantung kepada lokasi, bilangan mesin, brand mesin, marketing dan juga after sales yang baik dari supplier. Menghadiri kursus bukanlah WAJIB kerana mereka yang menganjurkan kursus lebih kepada menjual. Sedangkan urusan after sales di serahkan pada Orang Ke -3. Anda perlu membuat kaji selidik. Tawaran pinjaman bank adalah omong kosong dimana kebenarannya tidak diberitahu dengan terperinci. Ada pula sesetengah supplier menggunakan nama samaran untuk mengelakan dari disaman dan mudah untuk melarikan diri. Anda boleh semak dengan menelefon pejabat atau semak dengan SSM secara online ataupun pergi sendiri ke pejabat SSM yg berhampiran. Pastikan setiap sebutharga/quotation jelas dari segi terma dan syarat seperti model mesin , warranty, servis dan sebagainya. Sekiranya ia adalah Branding, pastikan anda meneliti perjanjian Branding tersebut. Mesti ada PERJANJIAN BRANDING. Untuk mereka yang suka kepada sistem FRANCHISE, anda hendak kaji selidik dahulu franchisor dengan MFA atau teliti dahulu syarat dan perjanjian sebelum bersetuju. Pilih Franchisor yang sumber kewangan yang kukuh atau anda yang BUNGKUS.
Apa kelebihan buka kedai dobi jenis layan diri seperti ini?

1) Operasi boleh dijalankan 24 jam

slot iklan bawah

2) Tenaga kerja yang minima dan kita tak perlu upah ramai pekerja untuk jaga tempat ni. Lagipun pelanggan akan cuci sendiri.

3) Pendapatan akan tetap masuk walaupun kita tak berada di premis perniagaan

“Pernah tak anda fikir, dari sudut perspektif seorang pelanggan, kenapa agaknya mereka memilih untuk hantar pakaian mereka ke kedai dobi, sedangkan mereka boleh cuci sendiri?”

Bila kita faham, macam mana cara dan corak pemikiran bakal-bakal pelanggan kita, dari situ barulah kita boleh nampak sama ada perniagaan dobi yang bakal kita buka tu nanti akan menguntungkan ataupun sebaliknya. Saya setuju dengan penulis buku The Psychology of Selling , Brian Tracy bahawa kita kena faham psikologi pelanggan terlebih dahulu barulah mudah untuk kita lakukan jualan.

1) Pelanggan tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk mencuci

Sesetengah jenis fabrik, adalah tidak sesuai untuk dicuci menggunakan air. Ia perlu dicuci menggunakan kaedah dry cleaning, dan kat mana mereka boleh dapatkan perkhidmatan tersebut? Jika anda jawab, di kedai dobi, sila berikan 10 markah kepada diri anda sendiri. Bukan itu sahaja, sesetengah jenis fabrik agak sukar untuk dicuci. Lebih-lebih lagi jika kain yang mempunyai banyak bulu-bulu, manik-manik, mutiara dan macam-macam lagi. Memang agak sukar untuk dicuci, melainkan orang tersebut mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam bidang cucian. Mereka tahu macam mana nak mencuci pakaian tersebut tanpa merosakkan pakai tersebut.

2) Pelanggan tak ada masa untuk lakukan cucian

Cubalah anda buka almari pakaian anda. Adakah pakaian anda terdiri daripada satu warna sahaja, ataupun terdiri daripada pelbagai warna? Pakaian berwarna ni, satu masalah paling leceh ialah warnanya boleh luntur apabila dibasuh. Apabila kita nak uruskan pakaian seperti ini, kita perlu mengasingkan pakaian yang berwarna terang, warna gelap dengan yang warna putih. Basuh secara berasingan, bilas pun asing-asing. Saya rasa ini sangat membuang masa. Lebih senang kalau kita suruh orang lain yang buatkan untuk kita.

3) Baju terlalu banyak untuk dicuci

Biasanya untuk orang yang memang jenis sentiasa sibuk. Memang tak ada masa nak cuci pakaian sendiri. Baju yang di pakai dikumpul dalam baldi, dan tahu-tahu dah penuh satu baldi. Kalau nak basuh sendiri, mesti akan ambik masa yang panjang, jadi lebih baik hantar ke dobi. Biasanya kalau timbang dalam kilogram pun dalam sekitar RM7 – RM12 bergantung kepada perkhidmatan yang diinginkan.

4) Tak ada tempat untuk sidai selepas dah dicuci

Terutama sekali kalau pelanggan kita tinggal dirumah kongsi. Zaman sekarang ni, agak susah nak cari rumah sewa. Kalau ada pun, kebanyakkannya kita cuma boleh sewa bilik sahaja. Bila kita sewa bilik, ruang untuk kita buat kerja-kerja penyucian ni memang agak terhad. Jadi, kalau tak nak pening-pening kepala, pakaian lebih mudah hantar ke dobi untuk dicuci. Tak kiralah sama ada hantar ke dobi jenis layan diri atau jenis perkhidmatan.

5) Tempat tak sesuai untuk cuci pakaian

Lebih kurang macam poin sebelum ni. Kalau poin yang sebelum ni, tak ada tempat untuk sidai, kita masih boleh cuci, cuma tempat untuk sidai baju kita tu yang tak ada. Kali ini, jangan kata nak sidai, nak mencuci pun tak boleh.

6) Mencuci sendiri sangat susah nak sangat membazir masa

Anda tau macam mana nak cuci karpet? Cuci comforter? Saya rasa la kan, kalaulah saya ditugaskan untuk cuci karpet, boleh jadi saya akan habiskan sekurang-kurangnya sehari suntuk untuk mencuci sahaja. Itu belum masuk part pengeringan lagi. Kalau cara pengeringan dah salah, akibatnya karpet akan mengeluarkan bau yang busuk. Ah… dah kena cuci semula.

7) Selepas cuci perlu lipat dan gosok

Setakat hari ini, saya masih belum pernah jumpa lagi mana-mana mesin basuh yang boleh cuci dan bila dah siap cuci dia terus lipat pakaian tersebut. Ataupun mesin basuh yang mampu menggosok pakaian apabila baju siap cuci, siap dikeringkan, dan secara automatik ia boleh gosok pakaian tersebut. Saya tak jumpa lagi mesin seperti itu. Tak taulah kalau mesin macam ni dah wujud. Entah berapa harganya. Adakah ia lebih murah berbanding kita dapatkan perkhidmatan cucian di kedai dobi? Apa yang saya tahu, melipat dan menggosok pakaian adalah servis tambahan yang boleh ditawarkan oleh pemilik perniagaan dobi. Selain buat duit dengan mencuci pakaian pelanggan, anda juga boleh buat duit dengan menggosok dan melipat pakaian mereka.

8) Pakaian perlu sedia untuk diguna semula dalam tempoh masa 24 jam

Keadaan cuaca di Kuala Lumpur di sekitar bulan ini adakalanya tak menentu. Kadang-kadang matahari memancar dengan sangat terik di waktu pagi, namun hujan turun pula dengan lebatnya di sebelah petang. Jika anda mempunyai pakaian tertentu yang perlu dibasuh, dan ingin diguna pada hari yang sama, adakah anda akan ambil risiko untuk basuh sendiri (dan mungkin pakaian tersebut tak kering) atau anda lebih rela tak basuh pakaian tersebut.

Baiklah, seperti yang anda lihat. Sekurang-kurangnya terdapat 8 sebab kenapa pelanggan perlu dapatkan khidmat daripada kedai dobi untuk uruskan pakaian-pakaian kotor mereka. Sekiranya anda dapat menghidu, terdapatnya keperluan yang tak dipenuhi disesuatu kawasan yang boleh anda kenalpasti, maka boleh jadi ini adalah peluang terbaik anda untuk buka perniagaan dobi disitu.

Sebarang Pertanyaan Mengenai Vending Machine Atau Mesin Layan Diri Anda Bolehlah :-

wp69b3df95

Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-

  1. Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
  2. Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
  3. Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
  4. Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampumilik )
  5. Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )

WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : Nazmi   010 231 7188

HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya , 40000, Shah Alam, Selangor( Sila Set Appointment Dengan Crew Kami Terlebih Dahulu )

Showroom & Kilang Di: Kenshou Vending Supplies,Block Suria AIndustrial Lot, Jalan TBP 1,Off Jalan Batu 3 Lama,47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3, Waze je copy link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )

Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Disini .. Klik link ini :-  http://bit.ly/1KhmoK1

Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special  Promo! Dapatkan Katalog klik di link inihttp://goo.gl/NRTGTM

Lalau nak PM kami Di facebook  Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpert

slot iklan bawah
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments